Monday 20 May 2013

TERHOT : RAFIZI RAMLI KANTOI LAGI MENIPU...

Betul ke rakyat yang berkeras mahu menggulingkan kerajaan menggunakan jalan raya seperti dalam kenyataan Rafizi atau sebaliknya???

Apa yang EP nampak..bukan rakyat tapi pemimpin pemimpin pakatan haram yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka dan kemudiannya menghasut rakyat untuk turun bersama sama mereka ke jalan raya kononnya untuk menuntut keadilan..

Jika mereka tidak menganjurkan perhimpunan haram seperti yang dilakukan sekarang..EP rasa perkara ini tidak mungkin akan berlaku..Betul tak??

Jadi nasihat EP pada Rafizi dan pemimpin pemimpin pembangkang yang lain..sudah sudahlah menggunakan atau menjaja nama rakyat..

Malu la weii..diri sendiri yang kemaruk kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan..lepas tu jual nama rakyat kononnya nak keadilan..Bagaimana pula dengan kehendak rakyat yang mengundi BN dan menolak pakatan haram??


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan hasrat pihak tertentu mahu menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan sebaliknya perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan mengembalikan kepercayaan kepada rakyat.

“PR tidak terlibat (dengan cara ini), tapi secara peribadi saya kurang setuju untuk gulingkan kerajaan menggunakan jalan raya.

“Tapi kita faham, sebab apa ada rakyat yang berkeras mahu guna jalan raya kerana mereka tidak percaya dengan pilihan raya di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, disarankan tidak menggunakan tindak balas kekerasan kerana ia hanya akan menambahkan kemelut yang melanda rakyat.

“Orang muda yang tidak percaya dengan pilihan raya akan percaya dengan jalan raya, mereka lakukan kerana tidak percaya dengan SPR. Mereka meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada SPR, tapi apabila dilihat SPR tidak mampu memberikan kerjasama untuk siasat secara bersih, mereka terpaksa memilih untuk ke jalan raya.

“Ini masanya kerajaan jalankan siasatan bersih untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Rakyat bukan berminat untuk guna kekerasan, tapi sudah hilang keyakinan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kumpulan aktivis termasuk mahasiswa yang dilaporkan menggesa orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Menurut peguam mewakilinya, Eric Paulsen memberitahu bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan menjejaskan Demokrasi Berparlimen yang merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan yang dikuatkuasa akhir tahun lalu.

TERHOT : KENYATAAN RASMI AIR ASIA..BENAR ATAU CUBA MENIPU??



Berikut informasi dipaparkan di Facebook Air Asia.



1. Saya berada di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam pada waktu kejadian. Hanya wanita berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan Maryam Sofea Mohd Reza berhampiran pintu 18.

TIADA individu warga Vietnam memperkenalkan diri sebagai doktor LAPANGAN TERBANG, berada di lokasi sewaktu insiden berlaku.

2. Menurut adik Izan, Saiful Mohd Ali, wakil syarikat Air Asia menawarkan 4 tiket percuma pada jam 8.41 malam, 19 Mei lalu, BUKAN sewaktu Maryam dinafikan hak menaiki pesawat pada 18 Mei.

FAKTA menarik ...

Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA, diterbangkan dari Ho Chi Minh, Vietnam, menggunakan pesawat MAS, kira-kira 1 jam sebelum itu, 7.45 malam, hari sama.

Barangkali Air Asia tidak langsung mengetahui perancangan 4 penumpang terbabit diterbangkan oleh MAS ke Malaysia.

3. Tan Sri Tony Fernandes dan Aireen Omar, please check the accuracy of the information stated. - BERSAMA MAZIDUL

TERKINI : TIGA DALANG UTAMA TRAGEDI BERDARAH LAHAD DATU DIDEDAHKAN....


Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. 

-Bernama

HOT : KEJAYAAN UTAMA LIM GUAN ENG DAN LIM KIT SIANG DALAM PRU13 YANG KITA TAK NAMPAK...


Kejayaan utama mereka ialah membuatkan orang cina benci pada Melayu..dan berjaya memecahbelahkan penyatuan orang Melayu..

Antaranya..Isu Kalimah Allah, Isu Hak Keistimewaan Bumiputera, Isu Sama Rata, Isu Murtad di Selangor, Isu Roti dan Syed Mokhtar, Isu masuk Masjid dan banyak lagi...(Kalau rajin boleh tolong senaraikan dalam ruangan komen) 

Semuanya isu ini melibatkan orang Melayu dan Islam...Mereka yang mulakan isu-isu ini dan biarkan orang Islam/Melayu sesama sendiri bergaduh dan bertojai mengenai isu-isu ini..Terdapat juga ramai cybertropper-cybertropper belaan DAP yang menyamar sebagai orang Melayu dalam Facebook menjadi batu api bagi memastikan agenda mereka berjalan lancar...

Dan sudah semestinya bagi kita sebgai orang Islam dan Melayu akan bersikap defensive bila ianya melibatkan isu-isu bangsa dan agama..

Tapi bagi DAP sikap defensive orang Islam dalam mempertahankan hak agama dan bangsa dijadikan peluru untuk membuatkan orang cina di Malaysia benci pada Melayu.. DAP kata kita orang Melayu RASIS..

Kalau kita singkap balik sejarah..Sememangnya DAP ni sejak 1969 sudah ada rekod cuba untuk menghuru harakan keamanan Negara ini. Kalau dulu mereka belum kaut kekayaan negara dan terpaksa bergaduh sendiri untuk mendapatkan kuasa tetapi sekarang kekayaan sudah berada di tangan mereka..cuma tinggal kuasa..dan lebih menariknya mereka telah berjaya memperdaya segelintir orang Melayu untuk berjuang demi kepentingan mereka...

Sehinggakan ramai orang cina begitu konfiden berkata kalau berlaku 13 Mei sekali lagi..bukan cina dengan melayu gaduh tapi melayu akan bergaduh dengan orang melayu...

Bagi EP...DAP nampak Anwar merupakan peluang terbaik kepada mereka untuk mendapatkan kuasa setelah berpuluh tahun mereka bersabar, cuma masa saja yang akan menentukan...fikir-fikirkan..









Thursday 16 May 2013

PANAS : AZIZAH PENTING DAN AZMIN PUN BERHARGA...


Azmin Ali ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia tentu arif dengan disiplin parti. Bila membuat kenyataan terbuka mengkritik Dr. Wan Azizah Ismail dan sekali gus Anwar Ibrahim tetapi tidak dalam mesyuarat, ia dilihat sebagai kehilangan adab kepada kepimpinan tertinggi.

Azmin melakukan itu tidak seorang diri tetapi dengan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan kepimpinan PKR yang lain. Hairan juga bagaimana parti yang bercita-cita hendak memerintah Malaysia mempunyai disiplin musyawarah yang sangat lemah.

Lebih pelik lagi penentangan Azmin yang sangat terbuka terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Kenyataan twitnya mengkritik cara Selangor ditadbirkan sama seperti Barisan Nasional (BN) mengkritik. Isu sampah, longkang dan air dibangkitkan dengan jelas. Tidakkah kenyataan ini ada kesan disiplin terhadap PKR?

Isunya pakatan pembangkang masih mahukan Abdul Khalid menjadi Menteri Besar. Bagaimana sekarang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR hendak berhadapan dengan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor sekiranya tanggapan negatif masih melekat di benak Azmin. Bolehkah kerajaan Selangor ditadbir dengan baik sekiranya perpecahan dalam kepimpinan PKR terjadi?

Di sinilah letaknya keupayaan Anwar sebagai Ketua Umum PKR untuk menyelesaikan masalah. Krisis yang disedari ini berlaku sejak beberapa tahun lalu. Pemilihan kepimpinan PKR beberapa tahun lalu banyak melibatkan campur tangan Anwar terutama kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden.

Politik ditelan mati emak, diluah mati bapa ini menyebabkan Anwar menjadi terlalu kerdil di sebalik dakwaan pengikutnya, malah dalam kalangan pakatan pembangkang sendiri yang menganggap Anwar sebagai pemimpin agung yang boleh mengambil alih Malaysia sehingga orang Cina terlalu yakin mengenai angan-angan itu dan menyokong DAP.

Kerdilnya Anwar kerana ia memiliki perasaan serba salah. Menolak Wan Azizah, Nurul Izzah dan Abdul Khalid dalam satu pasukan dan menerima Azmin dalam satu pasukan lain bakal menghasilkan krisis. Berkrisis dengan isteri dan anak bukanlah suatu hal yang membantu.

Tetapi apa istimewanya Azmin sehingga Anwar tidak mampu mengawal atau menegurnya. Dan mengapa Wan Azizah tidak selesa dengan Azmin dan cita-cita politiknya. Tentu ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan pertelagahan ini terus terjadi. Apakah sekiranya pertentangan ini tidak boleh dileraikan oleh Anwar, banyak perkara-perkara yang tidak enak akan terbongkar dalam kalangan kedua-dua pihak ini.

Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor tentu memerlukan dukungan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor. Kalau tanggapan negatif Azmin terhadap Abdul Khalid sudah menebal sehingga sanggup membuka kelemahan Abdul Khalid terdahulu, apakah ada jaminan Azmin dan sekutunya tidak akan mengambil sikap yang sama selepas Abdul Khalid ditabalkan menjadi Menteri Besar yang baharu untuk Selangor bagi penggal kedua.

Cita-cita Azmin untuk menjadi Menteri Besar sudah diketahui umum sejak lama. Anwar tidak mempunyai kesempatan terbaik untuk menobatkan Azmin sebagai Menteri Besar. Ia kerana melantik Azmin sebagai Menteri Besar memulakan pertentangan langsung dengan Wan Azizah. Presiden PKR itu terlalu berharga bagi Anwar dalam banyak perkara dan Azmin juga terlalu bernilai bagi Anwar dalam banyak perkara juga.

Sebagai pemimpin Anwar harus tegas dan jelas. Kalau tidak, macam mana mahu memimpin Malaysia. Ia tidak boleh menjadi serba salah dalam membuat keputusan yang menentukan hala tuju negeri atau negara.

Azmin daripada kenyataan twitnya semacam terkilan dengan Abdul Khalid dan tergamak mengkritik kelemahan dalam pentadbirannya sekali gus mengkritik Anwar. Apakah ini suatu sandiwara yang plotnya dirangka oleh Azmin dan Anwar supaya pelantikan Khalid boleh berjalan dengan lancar?

Azmin juga menghantar twit kepada Dr. Syed Husin Ali dengan bahasa yang tidak elok. Syed Husin banyak sumbangannya dalam PKR. Apakah akhirnya beliau akan menerima nasib seperti Dr. Chandra Muzaffar.

Hal ini berbangkit kerana memikir kemungkinan selepas Anwar menyelesaikan siri demonstrasinya, ke mana pula hala tuju perjuangannya. Apakah ia bakal menepati janjinya untuk menjadi pensyarah di Eropah atau kekal dalam perjuangan politik Malaysia. Kalau kekal dalam politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, Anwar akan bertanding sebagai Presiden PKR dan menyebabkan Wan Azizah undur dan meletakkan Azmin lebih berpengaruh dan boleh menjadi Presiden PKR sekiranya berlaku apa-apa kepada Anwar. - UM


HOT : RAHSIA ANWAR BERSAMA SUARAM TERBONGKAR...

Pakatan Pembangkang kini dilihat cuba berselindung disebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengerakkan usaha demonstrasi secara besar-besaran bertujuan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.


Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, pembangkang tidak perlu berselindung di sebalik NGO untuk melaksanakan agenda menjatuhkan kerajaan, kerana umum sudah mengetahui bahawa NGO-NGO tersebut adalah terdiri daripada orang-orang mereka sendiri.

“Kita tahu bahawa mereka cuba untuk menggunakan NGO bagi menjayakan matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan. Pakatan mendakwa bahawa NGO-NGO tersebut terdiri daripada rakyat Malaysia yang non partisan tetapi sebenarnya, mereka adalah ahli-ahli dan penyokong mereka.

“Jadi, apa yang jelas, mereka (pembangkang) menggunakan NGO untuk memperlihatkan seolah-olah mereka mendapat sokongan padu dari rakyat. Sedangkan, NGO-NGO yang terlibat itu merupakan orang-orang mereka juga tetapi cuba diperlihatkan atas gerakan rakyat Malaysia,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, penggunaan NGO-NGO dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan ini sememangnya telah lama berlaku di luar negara dan ianya ternyata ditaja oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

“Kita tidak dapat nafikan, kemungkinan wujudnya tangan-tangan ghaib yang memberikan bantuan kepada NGO-NGO yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang. Ini berdasarkan beberapa laporan baik dari akhbar media perdana, akhbar luar negara dan termasuklah akhbar milik pembangkang sendiri.

“Justeru itu, rakyat di negara ini harus sedar dan jangan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, yang telah dipilih secara sah melalui sistem demokrasi,” jelasnya.


Tambahnya, sekiranya rakyat terpengaruh dengan bertindak menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan ala ‘Arab Spring’, kemungkinan selepas itu keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini akan hancur dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

“Kita lihat contoh di Mesir, di mana selepas kerajaan Hosni Mubarak digulingkan, kini kerajaan yang dipimpin oleh Morsyi juga mengalami nasib yang sama. Jika dulu beliau antara yang menyokong kaedah ‘arab spring’ untuk menjatuhkan kerajaan, hari ini kaedah yang sama digunakan untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Sebab itu, jangan kita ajar rakyat untuk menggunakan cara yang salah bagi memilih kerajaan. Jika kita ajar rakyat menjatuhkan kerajaan dengan kaedah demonstrasi jalanan, ia tidak akan berhenti di situ saja dan akan berterusan tidak kira siapa pun yang memerintah.

“Akibatnya, segala kenikmatan, keharmonian dan pembangunan baik dari sudut sosial dan ekonomi akan hancur dan rakyat juga yang akan menderita akhirnya,” ujarnya. -MediaUMNO

TERHOT : JANGAN KATA RAKYAT..ALLAH PUN KENA MAIN DENGAN ANWAR..??


“Bertawakal kepada Allah” itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ‘Google Hangout – Borak Bersama Anwar Ibrahim’, 17 Ogos 2012.

“Saya yakin kali ini, kita akan dapat tawan Putrajaya dan Datuk Najib akan beralih menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan kita tengok bagaimana prestasi dia (Najib) Ketua Pembangkang pula,”katanya lagi dengan penuh yakin.

Jika ketentuan Allah tidak menjadikan keyakinannya menawan Putrajaya tercapai dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar berjanji akan bersara dari politik.

“Tetapi andai kata..kerana kita tawakal..saya tidak dapat mandat, maka saya dah umumkan, wajar kita berikan ruang kepada barisan kedua dalam pimpinan Keadilan, Pas, DAP.


“Saya bercadang dalam keadaan begitu untuk kembali ke kampus kerana ada juga beberapa pelawaan universiti-unversiti terkemuka untuk saya teruskan tugas sebagai profesor,”janjinya sebelum PRU 13.

Selepas keputusan PRU 13 diumumkan, takdir Allah menentukan Anwar gagal menawan Putrajaya, lantas akhbar perniagaan The Edge Malaysia membuat satu undian, wajar atau tidak Anwar mengotakan janjinya untuk bersara dalam dunia politik seperti yang dijanjikan sebelum ini.



Hasil undian The Edge mendapati 80 peratus mahu Anwar mengotakan janjinya dan bersara dari dunia politik.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman dilaporkan Utusan Malaysia berkata walaupun Anwar pernah berjanji dengan nama Allah, namun bekas ketuanya itu tidak akan mengotakan janjinya itu.

“Dia seorang pembohong besar seperti yang kita dapat lihat janjinya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya cakap sahaja.

“Anwar akan terus mengadakan perhimpunan haram bagi membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan dengan penipuan dan menaikkan emosi penyokongnya bagi pelan yang lebih besar,” katanya.

Menurutnya Anwar tidak akan bersara politik, selagi cita-cita menjadi Perdana Menteri tercapai. - AIDC