Monday, 20 May 2013

TERHOT : RAFIZI RAMLI KANTOI LAGI MENIPU...

Betul ke rakyat yang berkeras mahu menggulingkan kerajaan menggunakan jalan raya seperti dalam kenyataan Rafizi atau sebaliknya???

Apa yang EP nampak..bukan rakyat tapi pemimpin pemimpin pakatan haram yang tidak dapat menerima kenyataan kekalahan mereka dan kemudiannya menghasut rakyat untuk turun bersama sama mereka ke jalan raya kononnya untuk menuntut keadilan..

Jika mereka tidak menganjurkan perhimpunan haram seperti yang dilakukan sekarang..EP rasa perkara ini tidak mungkin akan berlaku..Betul tak??

Jadi nasihat EP pada Rafizi dan pemimpin pemimpin pembangkang yang lain..sudah sudahlah menggunakan atau menjaja nama rakyat..

Malu la weii..diri sendiri yang kemaruk kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan..lepas tu jual nama rakyat kononnya nak keadilan..Bagaimana pula dengan kehendak rakyat yang mengundi BN dan menolak pakatan haram??


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan pandangannya yang tidak bersetuju dengan hasrat pihak tertentu mahu menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, bagi mengelakkan perkara itu berlaku, kerajaan tidak boleh menggunakan kekerasan sebaliknya perlu menyelesaikan perkara tersebut dengan mengembalikan kepercayaan kepada rakyat.

“PR tidak terlibat (dengan cara ini), tapi secara peribadi saya kurang setuju untuk gulingkan kerajaan menggunakan jalan raya.

“Tapi kita faham, sebab apa ada rakyat yang berkeras mahu guna jalan raya kerana mereka tidak percaya dengan pilihan raya di negara kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, disarankan tidak menggunakan tindak balas kekerasan kerana ia hanya akan menambahkan kemelut yang melanda rakyat.

“Orang muda yang tidak percaya dengan pilihan raya akan percaya dengan jalan raya, mereka lakukan kerana tidak percaya dengan SPR. Mereka meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada SPR, tapi apabila dilihat SPR tidak mampu memberikan kerjasama untuk siasat secara bersih, mereka terpaksa memilih untuk ke jalan raya.

“Ini masanya kerajaan jalankan siasatan bersih untuk kembalikan kepercayaan rakyat. Rakyat bukan berminat untuk guna kekerasan, tapi sudah hilang keyakinan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kumpulan aktivis termasuk mahasiswa yang dilaporkan menggesa orang ramai turun ke jalan raya bagi membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim yang dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 4 Akta Hasutan.

Menurut peguam mewakilinya, Eric Paulsen memberitahu bahawa Adam disiasat kerana terlibat dalam perbuatan menjejaskan Demokrasi Berparlimen yang merupakan satu jenayah mengikut pindaan Kanun Keseksaan yang dikuatkuasa akhir tahun lalu.

TERHOT : KENYATAAN RASMI AIR ASIA..BENAR ATAU CUBA MENIPU??



Berikut informasi dipaparkan di Facebook Air Asia.



1. Saya berada di lokasi, lapangan terbang di Ho Chi Minh, Vietnam pada waktu kejadian. Hanya wanita berpakaian seperti jururawat mengambil suhu badan Maryam Sofea Mohd Reza berhampiran pintu 18.

TIADA individu warga Vietnam memperkenalkan diri sebagai doktor LAPANGAN TERBANG, berada di lokasi sewaktu insiden berlaku.

2. Menurut adik Izan, Saiful Mohd Ali, wakil syarikat Air Asia menawarkan 4 tiket percuma pada jam 8.41 malam, 19 Mei lalu, BUKAN sewaktu Maryam dinafikan hak menaiki pesawat pada 18 Mei.

FAKTA menarik ...

Izan, Maryam dan dua saudara lelaki mereka selamat tiba di KLIA, diterbangkan dari Ho Chi Minh, Vietnam, menggunakan pesawat MAS, kira-kira 1 jam sebelum itu, 7.45 malam, hari sama.

Barangkali Air Asia tidak langsung mengetahui perancangan 4 penumpang terbabit diterbangkan oleh MAS ke Malaysia.

3. Tan Sri Tony Fernandes dan Aireen Omar, please check the accuracy of the information stated. - BERSAMA MAZIDUL

TERKINI : TIGA DALANG UTAMA TRAGEDI BERDARAH LAHAD DATU DIDEDAHKAN....


Tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

"Semua dokumen dan maklumat terperinci telah diperoleh dan penelitian dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah sedang diteliti... kami iaitu Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pertahanan akan adakan mesyuarat dengan pihak peguam negara untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak berhajat untuk menamakan individu terlibat iaitu dua dari semenanjung dan seorang dari Sabah sebab saya tidak mahu berlakunya satu keadaan prasangka atau prejudis bila kes ini dibawa ke mahkamah," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di ibu negara, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau mengulas kenyataan Bekas Ketua Menteri Sabah Yong Teck Lee semalam, yang mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.

Sebelum ini, Ahmad Zahid ketika menjadi Menteri Pertahanan berkata kementeriannya telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah.

Ahmad Zahid juga sebelum ini dipetik sebagai berkata, masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut adalah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik. 

-Bernama

HOT : KEJAYAAN UTAMA LIM GUAN ENG DAN LIM KIT SIANG DALAM PRU13 YANG KITA TAK NAMPAK...


Kejayaan utama mereka ialah membuatkan orang cina benci pada Melayu..dan berjaya memecahbelahkan penyatuan orang Melayu..

Antaranya..Isu Kalimah Allah, Isu Hak Keistimewaan Bumiputera, Isu Sama Rata, Isu Murtad di Selangor, Isu Roti dan Syed Mokhtar, Isu masuk Masjid dan banyak lagi...(Kalau rajin boleh tolong senaraikan dalam ruangan komen) 

Semuanya isu ini melibatkan orang Melayu dan Islam...Mereka yang mulakan isu-isu ini dan biarkan orang Islam/Melayu sesama sendiri bergaduh dan bertojai mengenai isu-isu ini..Terdapat juga ramai cybertropper-cybertropper belaan DAP yang menyamar sebagai orang Melayu dalam Facebook menjadi batu api bagi memastikan agenda mereka berjalan lancar...

Dan sudah semestinya bagi kita sebgai orang Islam dan Melayu akan bersikap defensive bila ianya melibatkan isu-isu bangsa dan agama..

Tapi bagi DAP sikap defensive orang Islam dalam mempertahankan hak agama dan bangsa dijadikan peluru untuk membuatkan orang cina di Malaysia benci pada Melayu.. DAP kata kita orang Melayu RASIS..

Kalau kita singkap balik sejarah..Sememangnya DAP ni sejak 1969 sudah ada rekod cuba untuk menghuru harakan keamanan Negara ini. Kalau dulu mereka belum kaut kekayaan negara dan terpaksa bergaduh sendiri untuk mendapatkan kuasa tetapi sekarang kekayaan sudah berada di tangan mereka..cuma tinggal kuasa..dan lebih menariknya mereka telah berjaya memperdaya segelintir orang Melayu untuk berjuang demi kepentingan mereka...

Sehinggakan ramai orang cina begitu konfiden berkata kalau berlaku 13 Mei sekali lagi..bukan cina dengan melayu gaduh tapi melayu akan bergaduh dengan orang melayu...

Bagi EP...DAP nampak Anwar merupakan peluang terbaik kepada mereka untuk mendapatkan kuasa setelah berpuluh tahun mereka bersabar, cuma masa saja yang akan menentukan...fikir-fikirkan..









Thursday, 16 May 2013

PANAS : AZIZAH PENTING DAN AZMIN PUN BERHARGA...


Azmin Ali ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia tentu arif dengan disiplin parti. Bila membuat kenyataan terbuka mengkritik Dr. Wan Azizah Ismail dan sekali gus Anwar Ibrahim tetapi tidak dalam mesyuarat, ia dilihat sebagai kehilangan adab kepada kepimpinan tertinggi.

Azmin melakukan itu tidak seorang diri tetapi dengan Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR dan kepimpinan PKR yang lain. Hairan juga bagaimana parti yang bercita-cita hendak memerintah Malaysia mempunyai disiplin musyawarah yang sangat lemah.

Lebih pelik lagi penentangan Azmin yang sangat terbuka terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Kenyataan twitnya mengkritik cara Selangor ditadbirkan sama seperti Barisan Nasional (BN) mengkritik. Isu sampah, longkang dan air dibangkitkan dengan jelas. Tidakkah kenyataan ini ada kesan disiplin terhadap PKR?

Isunya pakatan pembangkang masih mahukan Abdul Khalid menjadi Menteri Besar. Bagaimana sekarang Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR hendak berhadapan dengan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor sekiranya tanggapan negatif masih melekat di benak Azmin. Bolehkah kerajaan Selangor ditadbir dengan baik sekiranya perpecahan dalam kepimpinan PKR terjadi?

Di sinilah letaknya keupayaan Anwar sebagai Ketua Umum PKR untuk menyelesaikan masalah. Krisis yang disedari ini berlaku sejak beberapa tahun lalu. Pemilihan kepimpinan PKR beberapa tahun lalu banyak melibatkan campur tangan Anwar terutama kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden.

Politik ditelan mati emak, diluah mati bapa ini menyebabkan Anwar menjadi terlalu kerdil di sebalik dakwaan pengikutnya, malah dalam kalangan pakatan pembangkang sendiri yang menganggap Anwar sebagai pemimpin agung yang boleh mengambil alih Malaysia sehingga orang Cina terlalu yakin mengenai angan-angan itu dan menyokong DAP.

Kerdilnya Anwar kerana ia memiliki perasaan serba salah. Menolak Wan Azizah, Nurul Izzah dan Abdul Khalid dalam satu pasukan dan menerima Azmin dalam satu pasukan lain bakal menghasilkan krisis. Berkrisis dengan isteri dan anak bukanlah suatu hal yang membantu.

Tetapi apa istimewanya Azmin sehingga Anwar tidak mampu mengawal atau menegurnya. Dan mengapa Wan Azizah tidak selesa dengan Azmin dan cita-cita politiknya. Tentu ada sesuatu yang tidak kena menyebabkan pertelagahan ini terus terjadi. Apakah sekiranya pertentangan ini tidak boleh dileraikan oleh Anwar, banyak perkara-perkara yang tidak enak akan terbongkar dalam kalangan kedua-dua pihak ini.

Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor tentu memerlukan dukungan Azmin sebagai Pengerusi PKR Selangor. Kalau tanggapan negatif Azmin terhadap Abdul Khalid sudah menebal sehingga sanggup membuka kelemahan Abdul Khalid terdahulu, apakah ada jaminan Azmin dan sekutunya tidak akan mengambil sikap yang sama selepas Abdul Khalid ditabalkan menjadi Menteri Besar yang baharu untuk Selangor bagi penggal kedua.

Cita-cita Azmin untuk menjadi Menteri Besar sudah diketahui umum sejak lama. Anwar tidak mempunyai kesempatan terbaik untuk menobatkan Azmin sebagai Menteri Besar. Ia kerana melantik Azmin sebagai Menteri Besar memulakan pertentangan langsung dengan Wan Azizah. Presiden PKR itu terlalu berharga bagi Anwar dalam banyak perkara dan Azmin juga terlalu bernilai bagi Anwar dalam banyak perkara juga.

Sebagai pemimpin Anwar harus tegas dan jelas. Kalau tidak, macam mana mahu memimpin Malaysia. Ia tidak boleh menjadi serba salah dalam membuat keputusan yang menentukan hala tuju negeri atau negara.

Azmin daripada kenyataan twitnya semacam terkilan dengan Abdul Khalid dan tergamak mengkritik kelemahan dalam pentadbirannya sekali gus mengkritik Anwar. Apakah ini suatu sandiwara yang plotnya dirangka oleh Azmin dan Anwar supaya pelantikan Khalid boleh berjalan dengan lancar?

Azmin juga menghantar twit kepada Dr. Syed Husin Ali dengan bahasa yang tidak elok. Syed Husin banyak sumbangannya dalam PKR. Apakah akhirnya beliau akan menerima nasib seperti Dr. Chandra Muzaffar.

Hal ini berbangkit kerana memikir kemungkinan selepas Anwar menyelesaikan siri demonstrasinya, ke mana pula hala tuju perjuangannya. Apakah ia bakal menepati janjinya untuk menjadi pensyarah di Eropah atau kekal dalam perjuangan politik Malaysia. Kalau kekal dalam politik Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, Anwar akan bertanding sebagai Presiden PKR dan menyebabkan Wan Azizah undur dan meletakkan Azmin lebih berpengaruh dan boleh menjadi Presiden PKR sekiranya berlaku apa-apa kepada Anwar. - UM


HOT : RAHSIA ANWAR BERSAMA SUARAM TERBONGKAR...

Pakatan Pembangkang kini dilihat cuba berselindung disebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengerakkan usaha demonstrasi secara besar-besaran bertujuan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah pada Pilihanraya Umum ke 13 baru-baru ini.


Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, pembangkang tidak perlu berselindung di sebalik NGO untuk melaksanakan agenda menjatuhkan kerajaan, kerana umum sudah mengetahui bahawa NGO-NGO tersebut adalah terdiri daripada orang-orang mereka sendiri.

“Kita tahu bahawa mereka cuba untuk menggunakan NGO bagi menjayakan matlamatnya untuk menjatuhkan kerajaan. Pakatan mendakwa bahawa NGO-NGO tersebut terdiri daripada rakyat Malaysia yang non partisan tetapi sebenarnya, mereka adalah ahli-ahli dan penyokong mereka.

“Jadi, apa yang jelas, mereka (pembangkang) menggunakan NGO untuk memperlihatkan seolah-olah mereka mendapat sokongan padu dari rakyat. Sedangkan, NGO-NGO yang terlibat itu merupakan orang-orang mereka juga tetapi cuba diperlihatkan atas gerakan rakyat Malaysia,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya berkata, penggunaan NGO-NGO dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan ini sememangnya telah lama berlaku di luar negara dan ianya ternyata ditaja oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

“Kita tidak dapat nafikan, kemungkinan wujudnya tangan-tangan ghaib yang memberikan bantuan kepada NGO-NGO yang didalangi oleh Pakatan Pembangkang. Ini berdasarkan beberapa laporan baik dari akhbar media perdana, akhbar luar negara dan termasuklah akhbar milik pembangkang sendiri.

“Justeru itu, rakyat di negara ini harus sedar dan jangan terpengaruh dengan hasutan dan fitnah pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, yang telah dipilih secara sah melalui sistem demokrasi,” jelasnya.


Tambahnya, sekiranya rakyat terpengaruh dengan bertindak menggulingkan kerajaan secara demonstrasi jalanan ala ‘Arab Spring’, kemungkinan selepas itu keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini akan hancur dan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan.

“Kita lihat contoh di Mesir, di mana selepas kerajaan Hosni Mubarak digulingkan, kini kerajaan yang dipimpin oleh Morsyi juga mengalami nasib yang sama. Jika dulu beliau antara yang menyokong kaedah ‘arab spring’ untuk menjatuhkan kerajaan, hari ini kaedah yang sama digunakan untuk memberi tekanan kepada beliau.

“Sebab itu, jangan kita ajar rakyat untuk menggunakan cara yang salah bagi memilih kerajaan. Jika kita ajar rakyat menjatuhkan kerajaan dengan kaedah demonstrasi jalanan, ia tidak akan berhenti di situ saja dan akan berterusan tidak kira siapa pun yang memerintah.

“Akibatnya, segala kenikmatan, keharmonian dan pembangunan baik dari sudut sosial dan ekonomi akan hancur dan rakyat juga yang akan menderita akhirnya,” ujarnya. -MediaUMNO

TERHOT : JANGAN KATA RAKYAT..ALLAH PUN KENA MAIN DENGAN ANWAR..??


“Bertawakal kepada Allah” itu kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ‘Google Hangout – Borak Bersama Anwar Ibrahim’, 17 Ogos 2012.

“Saya yakin kali ini, kita akan dapat tawan Putrajaya dan Datuk Najib akan beralih menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan kita tengok bagaimana prestasi dia (Najib) Ketua Pembangkang pula,”katanya lagi dengan penuh yakin.

Jika ketentuan Allah tidak menjadikan keyakinannya menawan Putrajaya tercapai dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), Anwar berjanji akan bersara dari politik.

“Tetapi andai kata..kerana kita tawakal..saya tidak dapat mandat, maka saya dah umumkan, wajar kita berikan ruang kepada barisan kedua dalam pimpinan Keadilan, Pas, DAP.


“Saya bercadang dalam keadaan begitu untuk kembali ke kampus kerana ada juga beberapa pelawaan universiti-unversiti terkemuka untuk saya teruskan tugas sebagai profesor,”janjinya sebelum PRU 13.

Selepas keputusan PRU 13 diumumkan, takdir Allah menentukan Anwar gagal menawan Putrajaya, lantas akhbar perniagaan The Edge Malaysia membuat satu undian, wajar atau tidak Anwar mengotakan janjinya untuk bersara dalam dunia politik seperti yang dijanjikan sebelum ini.



Hasil undian The Edge mendapati 80 peratus mahu Anwar mengotakan janjinya dan bersara dari dunia politik.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman dilaporkan Utusan Malaysia berkata walaupun Anwar pernah berjanji dengan nama Allah, namun bekas ketuanya itu tidak akan mengotakan janjinya itu.

“Dia seorang pembohong besar seperti yang kita dapat lihat janjinya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 hanya cakap sahaja.

“Anwar akan terus mengadakan perhimpunan haram bagi membangkitkan kemarahan terhadap kerajaan dengan penipuan dan menaikkan emosi penyokongnya bagi pelan yang lebih besar,” katanya.

Menurutnya Anwar tidak akan bersara politik, selagi cita-cita menjadi Perdana Menteri tercapai. - AIDC



HOT : KERANA ANWAR MALU, DIA TERPAKSA...



Karier politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya sudah berakhir selepas kegagalan pakatan pembangkang menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan bahawa rakyat mahukan Datuk Seri Najib Tun Razak kekal menerajui negara, sekali gus menolak Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Sehubungan itu, wajar untuk Anwar mengambil tanggungjawab atas kekalahan pakatan pembangkang tersebut dengan mengundur diri daripada arena politik sebagaimana pernah dijanjikannya sebelum ini.

"Namun sedia maklum, Anwar begitu kepingin menjadi Perdana Menteri, jadi segala janjinya dahulu sebenarnya satu pembohongan dan ketamakan kuasanya. Ini jelas boleh dilihat menerusi tindakannya yang terus memainkan isu keputusan PRU-13 yang tidak telus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang hasrat Anwar pada 17 Ogos 2012 untuk mengundur diri daripada dunia politik dan memilih menjadi pensyarah.

Hasrat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tersebar melalui laman YouTube yang dirakam dalam program Borak Anwar.

Sementara itu, tambah Nordin, janji Anwar untuk mengundur diri itu sebenarnya hanya mainan politik semata-mata untuk menarik simpati rakyat.

"Anwar memang pandai berlakon, malah beliau juga cukup licik dan sentiasa mencari alasan atas setiap perbuatannya. Itulah sikap Anwar yang perlu disedari rakyat negara ini terutama para penyokongnya," katanya.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Dzulkarnain Taib (gambar) pula berpendapat, keengganan Anwar mengundur diri sudah dijangka jika dilihat daripada pembohongan yang dilakukannya sebelum ini kepada rakyat.

Dzulkarnain yang merupakan bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan itu menambah, janjinya untuk membentuk kerajaan pada 16 September 2008 merupakan pembohongan terbesarnya kepada rakyat.

"Anwar sepatutnya tidak layak memegang sebarang jawatan politik atau Ketua Pembangkang di Parlimen," katanya.

"Anwar tidak mempunyai integriti. Beliau sendiri tidak mampu bercakap benar, bagaimana mampu menjadi pemimpin kepada rakyat, jauh sekali untuk sebagai Perdana Menteri," katanya.

Ujar Dzulkarnain, Anwar boleh dianggap sebagai individu yang kemaruk inginkan jawatan Perdana Menteri jika dilihat sikapnya yang seringkali menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas kegagalan pakatan pembangkang dalam PRU-13.

"Dia ingat rakyat kini menyokong perjuangannya itu berdasarkan kehadiran ribuan penonton dalam setiap ceramah yang dihadirinya.

"Namun, sebaliknya berlaku kerana rakyat kini bijak dan majoriti membuat keputusan mahukan Najib kekal sebagai Perdana Menteri. Anwar perlu akur dengan suara rakyat tersebut dan patut berundur," katanya.


Status Permohonan Ke IPTA dan Politeknik Boleh Disemak Mulai Esok


Status keputusan permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi programpengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh disemak mulai 12 tengah hari Jumaat.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi pada Khamis, semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766 dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (No kad pengenalan) dan SMS ke 15888.

Mereka juga boleh melayari laman web http://upu.mohe.gov.my, http:jpt.utm.my, http://jpt.uum.edu.my, http://jpt.ums.edu.my, dan http://jpt.unimas.edu.my.

Calon boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi IPTA berkaitan atau Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) KPT mulai 18 Mei.

Semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA/Politeknik Premier sebelum atau pada 24 Mei dan pengesahan penerimaan tawaran boleh dibuat melalui Laman Web Rasmi IPTA atau JPP,KPT.

Bagi pemohon yang tidak berjaya, permohonan e-Rayuan akan dibuka mulai 24 Mei dan boleh kemukakan permohonan melalui http://upu.mohe.gov.my dan tarikh tutup permohonan adalah pada 2 Jun ini. -BERNAMA

HOT : KENAPA TIBA- TIBA RAMAI YANG CEMBURU DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN?? @Khairykj


Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.

"Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini pagi Khamis.

Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.

"Semalam dalam media sosial, semua meminta pasukan Harimau Malaya supaya layak ke Piala Dunia. Saya tidak tahu nak buat macam mana dalam tempoh masa yang singkat. Walaupun harapan mereka tinggi, saya anggap ini satu cabaran untuk saya menggalas tugas dan harapan ini," katanya.

Beliu berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS). 

"Saya tidak tahu dari segi perbezaan untuk masa sekarang tetapi mungkin saya datang daripada generasi yang berbeza daripada menteri-menteri sebelum ini.

Mungkin perspektif saya berbeza sikit, jadi saya melihat melalui perspektif ini yang lebih muda mungkin saya dapat bawa sedikit perubahan kepada program-program dalam KBS," katanya.

Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.

"Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini," katanya. -BERNAMA

**Tahniah YB KJ..EP harap lantikan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan dapat membawa anak-anak muda dan prestasi sukan di negara ke tahap yang lebih membanggakan...insya'allah..

TERKINI : SAIFUL BUKHARI BAKAL NIKAHI NIK SURYANI 25 MEI INI.. @SaifulBukhari


Mohd Saiful Bukhari Azlan yang terbabit dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melangsungkan perkahwinannya dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman.

Majlis tersebut dijadual pada 25 Mei ini bertempat di Pusat Taman Konvensyen Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu bermula pukul 8 malam.

Selamat Pengantin Baru..EP doakan semoga perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat...amin

Wednesday, 15 May 2013

HOT : CEO AIR ASIA X KECEWA DAN TERTEKAN...??



Yang terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani sekali lagi didesak dilucutkan jawatan dan disingkirkan daripada kalangan bangsa Melayu berikutan serangan secara terbukanya terhadap akhbar Utusan Malaysia yang didakwa sebagai rasis baru-baru ini.

Menurut Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, hukuman itu dilihat cukup setimpal buat individu lupa daratan dan buta sejarah seperti Azran sekali gus mampu menghalang komuniti Melayu daripada termakan kata-kata hasutannya.

Sekiranya terus berada di situ saya khuatir tindakan Azran mampu mengikis semangat nasionalis dalam diri lebih ramai orang Melayu yang bekerja di syarikat penerbangan tersebut...


Tak cukup dengan desakan menuntut Azran letak jawatan kerana kelantangannya menghina akhbar Melayu kini Azran perlu berdepan dengan sindiran yang pedas dan tajam rakyat Malaysia..Jom layannn...

KOMRAD ANDA,
FATIMAH ZUHRI
Selasa, 7 Mei 2013

Jawapan sindiran kepada Azran Osman-Rani @ azranosmanrani

Komrad Azran yang dikasihi,

Sebagai rakan Melayu yang membenci dirinya sendiri, izinkan saya secara rasmi mengalu-alukan anda untuk menyertai Self-Hating Malay Club (SHMC). Di SHMC, moto kami adalah 'Untuk menyekat kebebasan bersuara/penyataan pendapat oleh orang Melayu'.

Matlamat kami adalah untuk menakut-nakutkan orang Melayu dan menjadikan mereka berasa tidak selamat, rendah diri dan bersalah.

Ahli-ahli SHMC direkrut secara jemputan sahaja. Berikutan anda telah menunjukkan sikap angkuh yang amat sangat dalam twitter anda, kami merasakan bahawa anda layak untuk menyertai kelab kami yang terkenal ini.

Komrad,

Dalam hal suntikan twitter anda terhadap Utusan Malaysia, anda benar-benar betul. Bagaimana begitu berani akhbar ini menyuarakan apa yang majoriti orang Melayu sedang fikir? Tindakan itu adalah tindakan orang kufur? Sebuah akhbar sepatutnya hanya melaporkan apa yang dianggap politik sebagai betul.

Ini bermakna anda bebas untuk menulis apa sahaja yang merendah-rendah dan menjatuhkan martabat orang Melayu, tetapi tidak akan menulis apa-apa kritikan terhadap orang Cina.

Jadi apa masalahnya jika akhbar-akhbar vernakular sejak sekian lama telah menulis artikel yang lebih bersifat perkauman dan sensitif sejak lima tahun yang lalu? Kami orang Melayu yang membenci diri sendiri hanya memahami bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Oleh itu, kami boleh memaafkan orang Cina yang telah banyak menderita.

Saya mencadangkan agar anda berhubung dengan rakan-rakan kami daripada Anti Defamation League (ADL) dan belajar daripada mereka bagaimana mereka mendiskriminasi dan membuli orang Islam dengan cara yang sangat canggih. Komrad Tian Chua akan dapat memberi anda nombor telefon berkenaan.

Komrad,

Orang Cina telah tinggal di neraka selama hampir 60 tahun. Mereka telah didiskriminasi dan diseksa oleh orang Melayu. Orang Melayu tidak pernah melakukan apa-apa untuk faedah orang Cina!

Jangan tertipu dengan perbuatan baik orang Melayu membeli dari kedai milik orang Cina dan pasar raya walaupun terdapat kedai Melayu berdekatan - orang Melayu hanya menipu.

Juga jangan mendengar orang yang mengatakan 90 peratus daripada 10 orang terkaya di Malaysia adalah orang Cina!

Itu adalah satu pembohongan! Itu bukan orang Cina! Mereka adalah orang Melayu yang telah melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti orang Cina! Ini adalah konspirasi BN! Orang Cina tidak boleh hidup di negara ini kerana keadaannya begitu dahsyat.

Komrad,

Kita di SHMC perlu melakukan apa yang orang Cina telah buat - Buy Malays Last! Cuba lihat pendapatan purata orang Cina demi kebaikan kita semua - mereka telah menderita begitu banyak komrad! Di SHMC, kami mahu memastikan bahawa tidak ada orang Melayu yang akan mempersoalkan orang Cina lagi! Jika ada orang Melayu yang berani untuk mempersoalkan motif orang Cina, kami di SHMC akan melaporkannya kepada PDRM yang korup.

Komrad,

Saya gembira kerana syarikat anda berkongsi warna korporat yang sama dengan rakan kita di Pulau Pinang (iaitu DAP). Adalah malang bahawa anda tidak bercakap sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika tidak, kami boleh memberitahu komrad Kit Siang dan komrad Guan Eng mengenai anda. Anda boleh menjadi Yang Berhormat sekarang, bukannya bekerja untuk bos yang kapitalis!


Komrad,

Dari semasa ke semasa, orang mungkin bertanya mengapa anda boleh menjadi orang Melayu yang membenci diri sendiri. Pada SHMC, slogan standard kami adalah - Salahkan BN! Jika anda memakai seluar salah untuk pergi bekerja - Salahkan BN! Jika anak anda membesar menjadi anak tidak bersyukur - Salahkan BN. Jika hujan hari ini - Salahkan BN. Pada asasnya komrad, Salahkan BN untuk segala-galanya. Adakah anda faham?

Komrad,

Sila beritahu orang Melayu yang mudah terpedaya tentang kebenaran ini.

Anda tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada syaitan Darth Vader merangkap kerajaan Saruman iaitu BN. Beritahu mereka bahawa anda berjaya belajar di Stanford kerana terdapat pokok wang ajaib di belakang rumah ibu bapa anda.

Beritahu mereka bahawa anda menjadi Naib Presiden Kanan (Dasar & Pembangunan) di BSKL yang dimiliki BN yang korup kerana anda mempunyai fikiran hebat seperti Einstein, bukan kerana seorang Melayu (bekas Pengerusi BSKL) memberi peluang kepada anda.

Anda tidak menyertai ASTRO - sebuah syarikat yang dimiliki oleh kroni Mahathir. Sebaliknya, Utusan Malaysia telah mengklon diri anda dan meletakkan klon anda di sana.

Komrad,

Sebagai kesimpulannya, sila tweet lebih banyak kenyataan yang membenci diri sendiri pada masa hadapan. Kami di SHMC mengalu-alukan tweet anda. Jangan bimbang tentang PDRM. Mereka tidak akan menangkap orang yang mengkritik dan merendah-rendahkan orang Melayu, mereka hanya akan menangkap anda jika anda membuat kenyataan sedemikian terhadap orang Cina.

Secara peribadi, saya akan mempromosi syarikat anda, Malindo Air, untuk seluruh ahli keluarga dan rakan-rakan saya. Kami di SHMC akan mula memboikot AirAsia kerana Komrad Ambiga memberitahu kami Air Asia menerbangkan warga Bangladesh ke negara ini untuk mengundi dalam PRU-13.

HOT : BUKTI ANWAR BERJAYA MENYESATKAN PAS TERBONGKAR...




Ketika orang lain menikmati saat-saat suka-duka sebagai pesara setelah bersara dari perkhidmatan awam ataupun pencen dari pekerjaan di sektor swasta, tidak ada siapa di antara kita yang menduga bahawa seorang lelaki yang berusia 55 tahun dari Kubang Pasu dilantik menjadi PM Malaysia ke-4.

Tidak banyak tanda yang membolehkan kita meramalkan bahawa tokoh dari Kubang Pasu itu bakal dilantik sebagai TPM sebelum disahkan ke jawatan PM sebaik Tun Hussein Onn bersara. 

Namun takdir tercatat pada 1976 apabila Dr Mahathir dilantik menjadi TPM berikutan pelantikan Hussein menggantikan Tun Abdul Razak yang baru meninggal dunia. 

Hussein tidak meninggal tetapi memilih melepaskan jawatan dan seperti sudah tersurat ditakdirkan pada 1981, Dr M secara rasmi dilantik menjadi PM ke-4. 

Bila kita bercakap pasal takdir, maka kita harus akur kepada hakikat bahawa apa pun yang berlaku ke atas kerjaya politik seseorang ataupun sesebuah pertubuhan politik adalah sebenarnya takdir. 

Pas sejak sebelum merdeka lagi sudah bercita-cita menguasai beberapa kerajaan negeri dan akhirnya kerajaan Pusat. Parti itu melakukan pelbagai rancangan bagi memastikan mereka muncul pemenang dalam setiap pilihan raya sejak selepas merdeka lagi, namun seperti kita ketahui takdir tidak menyebelahi mereka. 

Paling mutakhir dan terkini serta yakin dengan slogan ‘Ini Kalilah’ Pas terus gagal walaupun terpaksa menumpang kekuatan DAP dan PKR. Sebagai parti paling senior dalam Pakatan Rakyat dan keanggotaan terbesar, Pas hanya mampu memperoleh 21 kerusi Parlimen berbanding DAP dan PKR yang masing-masing peroleh 38 dan 28 kerusi. 

Begitulah takdir menimpa Pas. Di sebalik doa demi doa, solat Hajat demi solat Hajat daripada pemimpin berimej agama yang cukup tebal dan jarang menanggalkan jubah dan serban, Pas terus gagal menunjukkan peningkatan nyata, baik ketika berlawan secara sendirian atau bergabung dengan orang lain. 

Walaupun sudah tersurat bagi Pas ‘habuk pun tarak’, namun pemimpin, ahli dan penyokong Pas nampaknya enggan menerima takdir walaupun mempercayai qadak dan qadar adalah satu daripada Rukun Iman. 

Anwar Ibrahim adalah nama besar yang diramal menjadi pemimpin utama negara sejak mula berkecimpung dalam Umno lagi dan menimba populariti dengan memperagakan imej Islam. Anwar sedar jika ia masuk Pas pada awal 1980, bukan saja peluang nak jadi PM jauh lebih malap, nak dipilih sebagai ahli Parlimen pun belum tahu lagi. 

Nampaknya sementara Anwar boleh menerima takdir yang baik menjadi TPM, namun enggan pula menerima takdir malang dipecat dari jawatan kerajaan dan parti serta dipecat dari Umno pada 1998. Anwar mencetuskan kegelisahan awam dan menyebabkan kacau-bilau dengan kempen ‘reformasinya’. 

Tanpa disedarinya, orang mula sangsi tentang Anwar yang selama ini mempergunakan ayat Quran dan hadis bagi mengaburi mata rakyat, terutama orang Melayu apabila terang-terang cuba menentang perjalanan takdir. Dalam keghairahan memetik kata-kata Abul Ala Al-Maududi, Yusof Qardawi, Anwar terlupa kata-kata Kahlil Gibran, “Manusia tidak boleh mengubah takdir sebagaimana bintang di cakerawala tidak boleh mengubah orbitnya.” 

Kini, bak kata orang, secara retrospektif, rakyat mula menyangsikan keupayaan Anwar menjadi TPM waktu dalam Umno jika dibanding dengan Tun Ghafar Baba. Ghafar sebenarnya memang jauh lebih hebat. Ia setia pada parti dan tidak rosakkan parti berbanding Anwar. Dari aspek moral, semua tahu Pak Ghafar seorang insan yang mulia. 

Begitulah mekanisme takdir yang bersifat halimunan. Jika ditentang sekalipun, ia tetap tidak mengubah apa-apa. Apakah peluang Anwar dalam PRU14 nanti? Ketika itu usianya sudah menjangkau 71 tahun. Kalau berdasarkan peristiwa yang memberikan justifikasi kepada kejayaan dan kegagalan masa lalu, nampaknya jalan untuk Anwar ke Putrajaya dihalang tembok-tembok tebal dan kabus gelap. 

Hari ini kempen Black 505 yang dicetuskan oleh beliau sebagai bantahan kepada takdir Tuhan mungkin disokong oleh mereka yang imannya mengenai qadak dan qadar adalah cakap tak serupa bikin, tapi hakikat sebenarnya Black 505 adalah catatan pendahuluan kepada episod hitam terakhir bagi Anwar sebelum terus pudar dan lenyap serta terpadam sama sekali dalam sejarah politik Malaysia. 

Mungkin ketika itu nanti Anwar akhirnya dapat menerima takdir betapa kerusi PM bukan ditentukan untuknya. - SINAR

TERKINI : PADAN MUKA..PAS KERJA DIBATAL KERANA DEMO BLACKOUT DI SINGAPURA...



Pasukan Polis Singapura (SPF) akan memberi amaran bersyarat kepada kesemua 21 rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan haram di Merlion Park pada 11 Mei.

Dalam kenyataan hari ini, SPF berkata majikan mereka akan dimaklumkan mengenai perkara itu.

Ini berikutan amaran bersyarat telah diberi kepada sembilan individu yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di lokasi sama pada 8 Mei.

SPF berkata pihak berkuasa juga telah mengambil tindakan membatalkan pas kerja seorang daripada 21 individu berkenaan kerana terlibat dalam perhimpunan
haram pada 8 Mei dan 11 Mei.


Selain itu, SPF berkata pihak berkuasa telah membatalkan pas lawatan dua daripada mereka.

Bagi baki 18 individu lagi, SPF berkata pas kerja mereka akan disemak semula sebaik sahaja siasatan lanjut selesai.

Polis menegaskan Singapura tidak memihak kepada mana-mana parti politik di negara lain, dan akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang membentuk kerajaan di negara itu.

Katanya warga asing yang tinggal atau bekerja di Singapura perlu mematuhi undang-undang Singapura dan tidak membawa masuk isu-isu politik di negara asal
mereka ke Singapura. 

SPF berkata ini merupakan prinsip yang dipegang sekian lama yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura serta
hubungan baik dengan negara-negara lain. - BERNAMA

TERHOT : AMBOI..BUKAN MAIN BAIK LAGI KETUA PEMUDA PAS JILAT DAP...??

Wahh..bukan main hebat lagi Ketua Pemuda PAS nak mempertahankan DAP dan cina...Sejak bila pula Nasrudin ni jadi PAKAR perkauman ye?? Main sedap mulut je kata masalah perkauman di negara ini timbul ekoran kewujudan parti-parti bersifat perkauman seperti Umno, MCA dan MIC..

Habis tu PAS ni kategori parti apa?? Parti perkauman atau agama??..Sebab PAS guna nama Islam dan tak guna nama Melayu dia tak kira parti perkauman la..Hahahaha..

Apa kata Nasrudin sarankan pada Nik Aziz dan Majlis Syura PAS untuk buka keahlian PAS pada orang cina dan India supaya nampak lebih Malaysian Malaysia.. Alaaa..macam DAP tu..ada wakil Melayu berbangsa cina dalam CECnya...itu pun kena main wayang salah kira undi...Kemudian baru bercakap soal perkauman...

Cakap banyak pun tak guna..Sebab Nasrudin ni bukannya ada kuasa pun dalam PAS...Senang cakap teloq tarak...Bila Ketua Pemuda Negerinya, Yusni Mat Piah kena main dengan PKR dan DAP masa PRU13 di DUN Sg Aceh..apa dia buat...Diam seribu bahasa...Takut jawatannya tergugat??...


Masalah perkauman di negara ini bukan berpunca daripada institusi sekolah vernakular tetapi parti yang berasaskan kaum, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Anggota Parlimen Temerloh yang baru itu berkata, penghapusan sekolah jenis kebangsaan (SJK) hanya memburukkan keadaan dan merugikan masa depan negara kerana pelajar berhak memilih aliran mengikut budaya masing-masing yang dijamin perlembagaan.

"Masalah perkauman di negara ini timbul secara berulang kali ekoran kewujudan parti-parti bersifat perkauman seperti Umno, MCA dan MIC. 

"Parti-parti inilah yang sepatutnya dihapuskan dan dibatalkan pendaftarannya oleh ROS," katanya.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah pada 12 Mei lalu dilaporkan mahu SJK dihapuskan kerana berpendapat ia tidak diiktiraf Perlembagaan dan hanya memecahbelahkan rakyat.

Katanya, integrasi nasional akan lebih erat jika SJK sedia ada diubah kepada sekolah kerajaan kerana pelajar pelbagai kaum boleh berkongsi kelas, kantin dan bermain di gelanggang yang sama.

Dalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, kewujudan parti-parti sebegitu akan mendorong kepada perpecahan rakyat mengikut warna kulit.

Berbeza dengan parti berasaskan kaum, tambahnya, amalan di sekolah vernakular jauh berbeza apabila pelajar pelbagai bangsa bebas untuk memasukinya, tidak seperti parti seperti Umno, MCA dan MIC.

TERKINI : AZRAN OSMAN KATA ORANG MELAYU SENGAJA PERBESARKAN KOMENNYA...


Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani berpendapat bahawa pandangannya tentang akhbar Utusan Malaysia telah dibincang dan diperbesar-besarkan.

"Perkara ini telah diperbesar-besarkan," kata Azran ringkas sewaktu dihubungiMalaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tentang kenyataan pihak-pihak lain yang menyanggah pandangannya itu.

Azran sebelum ini dilaporkan mengkritik pendirian editorial akhbar itu menerusi akaun Twitter beliau.

Beliau dilaporkan meluahkan rasa jengkelnya terhadap isu perkauman yang dimainkan editor akhbar tersebut akhir-akhir ini.

Beliau dilaporkan turut mengkritik Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) sebagai pertubuhan tidak relevan yang menyebabkan orang Melayu berfikiran sempit..

** Banyak sangat makan duit cina..lupa pasal perjuangan bangsa..


Tuesday, 14 May 2013

HOT : PAS BETUL BETUL MEMALUKAN...TERNYATA PAS SUDAH HANYUT...


Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling ‘sensitif’ sekali. Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, ‘Apa lagi yang Cina mahu?’, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis. Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis.

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya ‘sensitiviti’ mereka disentuh. Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti ‘Aryan Brotherhood’ atau ‘Ku Klux Klan’ di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu.

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan ‘amok’ iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu.

Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman, sejak dari pemerintahan diraja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut. Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap.

Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan. Tetapi masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu, malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira.

Pendek kata, mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini, Malaysia. Pun begitu, tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini.

Dan hari ini, hanya kerana bertanya, ‘apa lagi yang kamu mahu’, mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka.

Hakikatnya, kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain. Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu ‘kuasa politik’. Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP, iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini.

Dalam kata lain, hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak. Untuk itu, mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya, ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan.

Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka. Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana ‘bersikap rasis’ melalui pertanyaan, “Apa lagi Cina mahu?” Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan.

Tak apa jika mereka ingin percaya begitu. Tetapi, kita ingin bertanya, apa yang PAS mahu?

Ini kerana kita hairan, kenapakah salakkan PAS tidak lagi berbunyi hudud dan negara Islam? Apakah PAS sudah benar-benar tidak mahukan semua itu lagi? 
Kenapa secara tiba-tiba masalah utama PAS pun berubah, daripada ‘UMNO menolak Islam’ kepada ‘harga barang naik’? Tiba-tiba sahaja puak-puak PAS merasa tidak cukup makan dan sengsara sehingga tidak mampu mengisi minyak kereta sedangkan mereka juga yang ingin hidup sederhana.

Islam bagi PAS sudah menjadi perkara kedua, tetapi ‘kesengsaraan’ adalah masalah utama pula.

Untuk pengetahuan Pas, harga barang adalah sama sahaja iaitu tidak berubah dan tiada kenaikan apa-apapun selepas pilihanraya. Begitu juga dengan perjuangan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, menggunakan Kalimah Allah di dalam Injil serta menghapuskan hak-hak Melayu tidak pernah berubah. Ia sama saja dari dahulu sehingga ke hari ini.

Justeru, mungkin PAS perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti menyalak dan bertenang sejenak. Tanyalah kepada diri sendiri, ‘apa yang aku mahu?’ atau ‘apa masalah aku sebenarnya?’ Melihat dari cara PAS menyalak, sekejap hudud, sekejap tak boleh pertahan Melayu, sekejap ingin membela Melayu, sekejap Islam kemudian memecat mereka yang mempertahankan Islam dari parti, lepas itu masalah harga barang, dan bermacam-macam lagi yang tidak konsisten malah bertentangan pula sesama sendiri, kita merasa kasihan pula.

Tentu letih berpusing-pusing berbelit-belit ke sana ke mari sehinggakan Nik Aziz pun sudah tidak begitu mampu lagi untuk berdiri.

Namun, dalam keuzuran beliau, beliau cukup pasti ‘apa yang beliau mahu’ iaitu perpecahan ummah yang berterusan… Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu? - mykmu.net

HOT : TAHNIAH KEPADA ANAK MELAYU YANG MENYERTAI VIRGIL CANDLE DI PADANG KOTA BERSAMA DAP...


Sekumpulan penduduk Pulau Pinang berkumpul di Esplanade bagi menyalakan lilin, lambang menolak perkauman, malah mengisytiharkan 13 Mei sebagai hari persahabatan rentas kaum.


Dianjurkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Rakyat Malaysia (Suaram), kira-kira 50 orang yang turut serta terdiri daripada aktivis, mahasiswa dan ahli politik.

Antara plakad menarik kelihatan yang dibawa mereka bertulis: "Apa kita mau? BERSIH-lah". 

Ia dilihat menjawab laporan kontroversi di muka depan Utusan Malaysiapada 7 Mei lalu berjudul "Apa lagi Cina mahu" - yang menyentuh isu sokongan kaum itu kepada pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Perhimpunan malam tadi juga dilihat sebagai reaksi kepada kenyataan Najib yang menyifatkan keputusan pilihan raya pada 5 Mei memperlihatkan fenomena "tsunami Cina" kepada pembangkang.

Turut hadir beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk (Sungai Puyu) dan Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya).

Berikut pendapat peserta perhimpunan malam tadi:


Norazrizal Aswad Abdul Rahman, mahasiwa

Pihak yang memanipulasi isu kaum sebenarnya mempunyai agenda sendiri dan keanak-anakan. Ini tidak patut dimainkan oleh orang dewasa. 

Permainan pecah dan perintah ini dimulakan oleh penjajah lama dahulu sebelum merdeka, tetapi sekarang nampaknya ia pergi lebih jauh daripada itu.

Monday, 13 May 2013

PANAS : RAHSIA KIT SIANG GERAKKAN PERHIMPUNAN 505 TERBONGKAR..TUTUP SEJARAH HITAM DAP 13 MEI...


Seperti diramal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13), jika pembangkang tewas mereka akan melakukan provokasi supaya berlakunya pertumpahan darah di kalangan rakyat di negara ini.

Kini ramalan itu benar-benar diterjemahkan dalam bentuk ‘himpunan 505′ yang didalangi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Lapan badan bukan kerajaan (NGO) Kedah dilaporkan Antarapos hari ini membuat laporan polis membantah perhimpunan memainkan isu perkauman di Selangor, Perak dan Pulau Pinang anjuran pemimpin Pakatan Rakyat dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera demi keselamatan negara.

Badan Generasi Prihatin, Persatuan Hizbah Malaysia, Perkida Daerah Kota Setar, Persatuan Silat Garuda, Persatuan Penjaja Kecil Kedah, Belia 4B, Badan Bertindak Selamatkan Kedah dan Persatuan Ibu Tunggal Parlimen Kuala Kedah membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada 10.30 pagi ini.

Yang Dipertua Persatuan Silat Garuda Malaysia Mansor Ahmad berkata Anwar dan Kit Siang sengaja membangkitkan isu-isu perkauman melalui road show mereka di Stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, Ipoh, Perak dan Padang Kota, Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya sangat kecewa walaupun PRU dah habis, mereka timbulkan pula isu perkauman kerana tidak puas hati dengan keputusan PRU lalu. Isu ini boleh menyebabkan perbalahan antara kaum.

“Saya dan badan-badan NGO yang lain tidak akan berdiam diri dengan cubaan mereka untuk menghuru-harakan keamanan negara. Kami akan berada di belakang kerajaan untuk bersama-sama mengatasi isu ini supaya keselamatan rakyat Kedah dan Malaysia terjamin,” katanya.

Sebenarnya itulah yang Anwar dan Kit Siang hajati, mereka sengaja buat provokasi supaya Melayu-Islam bangkit ‘melawan’ supaya tercapai matlamat mereka-politik tidak stabil dan huru hara dalam negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dilaporkan Bernama berkata pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.

Beliau berkata, polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu.

“Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau,” katanya.

Anwar semasa berceramah di Ipoh semalam meminta para penyokongnya khususnya bukan Melayu agar jangan takut dengan ‘tragedi 13 Mei’ sebaliknya meraikan hari tersebut sebagai satu bentuk perayaan.

“Biarlah 13 Mei menjadi hari baru untuk semangat yang baru di Malaysia, menolak semua bentuk perkauman,” katanya dilaporkan FMT.

Ketua Umum PKR itu turut menyeru semua kaum untuk “menyelamatkan negara”, katanya, “Jika anda percaya (dalam perpaduan semua kaum), kemudian menyelamatkan negara anda, menyelamatkan masa depan anda, menyelamatkan keluarga anda. Hentikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan membuang pemimpin-pemimpin yang sombong.”

Peristiwa 13 Mei merujuk kepada tragedi berdarah rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang mengorbankan 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan, lapor mynewshub.

Ketika berlakunya tragedi berdarah 1969, Anwar ketika itu adalah penuntut Pengajian Melayu (Sastera) di Universiti Malaya dan Kit Siang adalah Setiausaha Agung DAP yang merangkap Ahli Parlimen DAP di Bandar Melaka.

Bekas Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ketika menulis buku bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, berkata kata-kata provokasi yang dilakukan komunis secara melampau merupakan asas tercetusnya peristiwa hitam negara, 13 Mei 1969.

Untuk menyemarakkan lagi gelombang perkauman, pihak pelampau Komunis kata Tunku telah menyerap ke dalam Parti Buruh dan menganjurkan satu perarakan seorang pemuda Cina yang mati terbunuh sebagai ‘Pahlawan Merah’.


Perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’

Tunku Abdul Rahman juga turut mendedahkan penglibatan seorang pemuda Melayu bernama Syed Hamid Ali (adik kepada Syed Husin Ali, bekas Presiden PRM), Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya antara individu yang terlibat aktif dalam penganjuran perarakan mayat ‘Pahlawan Merah’ itu.

Baca selanjutnya, sila klik di sini

Dalam bab “Mabuk Kemenangan” dan “Api Menyala Malam”, Tunku menceritakan secara terperinci detik-detik berdarah berlakunya tragedi 13 Mei.

Selepas Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-3 diumumkan pada 10 Mei 1969 yang membuktikan Parti Perikatan (sekarang Barisan Nasional) berjaya memenangi keputusan undi dengan 66 kerusi (UMNO-51, MCA-13 & MIC-2) menewaskan pembangkang yang mendapat 37 kerusi (DAP -13, PAS-12, Gerakan-8 dan PPP – 4), pembangkang khususnya parti berasaskan kaum Cina, DAP dan Gerakan mula menyusun ‘perarakan jalanan’ untuk merayakan kemenangan mereka itu.

Dalam PRU itu, meskipun parti pembangkang tewas kepada Perikatan, namun berlaku peningkatan drastik sokongan kaum Cina terhadap DAP dan Gerakan.


DAP menyambut kemenangan PRU di jalanan 1969

Ketika itu pembangkang tidak bergabung dalam satu kumpulan sepertimana Pakatan Rakyat hari ini kerana parti-parti pembangkang ketika itu bergerak mengikut prinsip parti masing-masing.


Parti Gerakan dan DAP berkempen atas manifesto yang hampir sama iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153.

Oleh kerana kerana penentangan kedua-dua parti itu secara agresif itu terhadap hak istimewa Bumiputera, maka DAP dan Gerakan disokong penuh oleh pengundi Cina. - AIDC